Breaking News
Loading...

Recent Post

Rabu, 15 Juli 2015
no image

Kek Holiday Inn

Kek ini ehsan dari wife sepupu maklang. Nama dia Dewi. Dia orang Sarawak. Memang pandai buat kuih. Maklang ambik je resepi ni dari dia and cuba buat sendiri. Dapat aje resepi, Maklang, adek tersayang Ereen and adek ipar, Leen terus aje buat. Oleh kerana kesedapan kek ni kami buat juga kek tu lepas balik Raya dari rumah mak mentua Dewi (my aunty) and stayed up until almost 2:00am untuk nak siapkan kek ni. Alhamdulillah jadi...

So here's the recipe:

16 oz butter
1.5 glass gula pasir ( satu cawan pun ok. Ikut nak manis macamana)
10 bj telur ayam sederhana besar
1 tin condensed milk tin biasa( Maklang biasa guna 0.75 tin je sebab kalau tak too sweetlaa)
2 gelas biskut Marie yang telah dikisar sampai lumat ( jadi macam tepung)
sedikit esen vanilla
1.5 gelas horlicks
1.5 gelas milo

Butter + sugar di pukul sampai putih. Kemudian masukkan telor satu persatu. Bila dah selesai masukkan sedikit esen vanilla (lbhkrg 1 sdt). Masukkan susu pekat dan campurkan hingga sebati. Then foldkan the biskut Marie tu. Kemudian adunan di bahagi 2.Satu adunan dicampukan dgn Horlicks and the other one dengan milo.Foldkan sampai rata.

Sementara tu, panaskan pengukus. Letakkan plastic didalam loyang kek supaya mudah mengeluarkan kek dari loyang apabila dah siap nanti.

Mula2 letakkan adunan yang bercampur Horlicks dulu. Ratakan. Normally sukatan lebih kurang 1 senduk aje. Tapi ni depends on berapa tebal kita nak lapisan tu. Kalau nak banyak lapisan, gunakan sikit aje adunan tu. Kalau malas buat 4 lapis je...Letakkan loyang dalam pengukus dan biarkan selama 20 mins. (Peringatan: Hendaklah dibubuh kain tuala diatas loyang supaya air dari penutup pengukus tu tak jatuh atas kek. Ni penting kalau tak kek tak cantik bila ada wap air atas kek. Boleh jugak kalau ikatkan kain tuala atau lampin yang bersih pada penutup pengukus tu). Indication kalau kek dah masak is when the adunan tak lekat kat tepi loyang. Bila dah masak then boleh bubuh adunan Milo dan seterusnya. Biasanya kek siap dalam 4 jam. Jenuhlah nak tunggu.... Tapi kalau dah siap ...puas hati...

Selamat mencuba...
Ni dia kek kita....







Ini kek lapis Holiday Inn yang dah kena potong.
Senin, 13 Juli 2015
no image

Resep buttercream

Aduh Gila banget deh..kayaknya udah lama banget daku gak update2 ini blog..huhuhu terlalu asik dengan kelas2 dan order dari customer, ampe lupa dengan dapur experimen ku ini xixixixi..nah postingan kali ini tentang apa ya?
Nah berhubung banyak yang nanya2 resep buttercream apa yang "tokcer"
ini saya tuliskan disini resep2nya..

Buttercream homemade (resep ini sesuai utk temen2 yg ada di malaysia)
Bahan :
700gram creamwell
300gram butter
200gram icing sugar (ayak halus)
3/4 susu pekat manis
Flavour
Cara :
campur semua bahan dan mixer dengan kelajuan medium sampai semua bahan kembang 2x lipat dan lembuuutttt...siap digunakan.

Chocolate buttercream
Bahan :
700ml non Dairy whipping Cream
250gram Dark cooking chocolate
1 sudu butter
Cara :
bagi whip cream yg 700gram itu :
450gram whip cream di mixer sampai kaku
250gram. whip cream masak dengan cara double boil,bila udah mulai mendidih matikan api dan masukan DCC yang sudah di potong2 kecil,kacau sampai chocolate cair,masukan sesudu butter.
sejukkan adunan,apabila sudha mulai sejuk amsukan perlahan dalam 450gram whip cream yg sudah di mixer sampai kaku tadi, mixer lagi sampai sebati dan kembang.cukup dengan kelajuan sederhana dan siap digunakan..hmm yummy yummy!!!

truz utk temen2 yang di Indonesia ini daku tuliskan resep buttercream yang bahan2nya disesuaikan dengan yg ada dijual disana .
Buttercream :
500gram Mentega putih
200gram mentega australi
100gram butter
200gram gula bubuk yang udah di ayak sampe haluuuss..
1/2 susu kental manis
Cara:
Campur semua bahan dan mixer dengan kecepatan medium sampai kembang 2x lipat dan lembut..siap digunakan.

Nah ini adalah resep buttercream yang biasanya aku buat untuk flower,leaf, basket etc deh..special utk membuat hiasan2 ini diperlukan buttercream yang agak stiff (tdk lembek) jadi flowernya mengembang cantik, tapi emang sih rasanya rada manis jadi mesti dikasih flovour yang asem2 misalnya lemon,orange, untuk meng-cover rasa manis nya.

Buttercream utk flower,leaf.etc
250gram shortening/vegetable fat/utk yang di indo pake mentega putih palmia
300gram icing sugar/gula bubuk yang sudah diayak haluuusss
flavour
cara :
campur shortening dan icing sugar lalu mixer dengan kecepatan medium, jangan terlalu lama banget mixernya..cukup sampai mentega agak kembang dan adonan nampak pekat.dah siap diwarnakan dan dibuat flower tu..dari segi rasa..buttercream ini kurang sedap yah,karena terbuat dari shortening..buttercream ini hanya utk hiasan.deco aja!! jadi biasanya aku buat buttercream homemade yg resipi nya ada paling diatas sekali. baru utk deconya aku buat resep yg pake shortening ini.

selanjutnya resipi Royal icing yang sesuai utk cookies
Bahan :
50ml putih telur
250gram icing sugar..
1 tsp cuka ataupun kalau gak ada cuka dapat digantikan dengan 1 TBSP lemon juice
Cara :
campur semua bahan diatas dan mixer dengan kelajuan medium selama 5 menit ajah.jangan terlalu lama..siap digunakan utk mendeco cookies. adonan akan nampak cair sedikit tapi tidak apa2 memang begitulah yg sesuai utk cookies

utk resipi cookiesnya lihat disini http://southernfood.about.com/od/buttercookies/r/bl30318u.htm
Pasta Simple

Pasta Simple


Selamat Datang ke Dapur Maklang

Biasanya maklang akan buat pasta simple ini untuk dimakan bersama ayam bakar.


Bahan2:


500gm pasta spiral atau macaroni direbus jangan terlalu lembut. ( Maklang kalau merebus pasta ini biasanya akan letakkan beberapa titik minyak ke dalam air mendidih sebelum memasukkan pasta). Apabila sudah lembut, angkat dan toskan

2 biji bawang merah sederhana besar, di potong dadu
beberapa 'dashes' of oregano dan thyme, lada hitam dan juga paprika mengikut kepedasan yang kia mahu.
beberapa titik minyak zaiton
2 biji tomato sederhana besar di potong dadu
1 pokok daun ketumbar di hiris halus
1 mangkuk daging kisar dicampurkan dengan sedikit garam dan digoreng sehingga kering
sedikit garam sehingga secukup rasa

Caranya:

1. Campurkan semua bahan dan digaul rata.
2. Sedap kalau makan dengan ayam bakar. Resepi ayam bakar kan dah ada, so, padankanlah...memang enak!



Semuga mendapat manafaat dari blog ini
Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!
Minggu, 12 Juli 2015
no image

Ayam Madu

Selamat Datang ke Dapur MaklangSemuga mendapat manafaat dari blog ini



Resepi yang terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga...Selamat mencuba!









2 biji tomato dipotong dadu

5 tangkai lada hijau di hiris tebal



1 pokok daun bawang, daun sadri dan daun ketumbar di potong sepanjang 1 inci

1/2 cawan kismis

1/2 cawan bawang goreng

1/2 cawan madu

1/2 cawan air gula merah ( kepekataan sederhana)

1 sdbesar gula putih

1/2 cawan tomato sos

1/2 cawan cili sos

1 sdb badam blend

1/2 cawan air

1/2 cawan susu cair

1/4 cawan gajus yang telah digoreng dengan sedikit minyak







Bahan untuk di mesin:




10 biji bawang merah


4 ulas bawang putih



10 tgki lada kering ( jika mahu sedikit pedas)



1 inci halia


10 tangkai lada kering




Ayam dipotong sederhana besar, digoreng bersama garam kunyit, separuh masak







Caranya:




Tumis bahan2 dimesin sehingga garing.
Masukkan tomato sos, sos cili dan tomato puri dan goreng lagi.
Masukkan bawang goreng dan tomato dadu, daun sadri, daun bawang dan daun ketumbar, lada hijaykismis, badam, garam dan gula.

Masukkan air dan susu cair

Masukkan madu dan panaskan atas api perlahan serta dikacau supaya tidak hangus. Biarkan sehingga lada hijau layu dan campuran tadi agak pekat.

Apabila telah garing, masukkan ayam dan biarkan sebentar

Kacau rata dan biarkan sebentar di atas api.
Angkat dan hidangkan
Kentang Lapis Daging

Kentang Lapis Daging


Kentang lapis Daging
Bahan:
Pure Kentang :700 gm kentang, kukus lenyek
3 sdm tepung gandum
100 gm makaroni, rebus,
4 kuning telur, pukul sedikit
2 sdm susu tepung, cairkan dengan sedikit air
2 sdm mentega
1 sdt lada sulah
½ sdt serbuk pala
garam secukupnya
Kentang Lapis Daging
Bahan isi :
400 gm daging cincang
50 gm paprika merah
50 gm paprika hijau
1 sdm bawang besar
1 biji tomato, potong dadu
½ sdm daun sanderi cincang
2 sdm mentega
1 sdt lada sulah
½ sdt serbuk pala
garam secukupnya

Pelengkap :100 gm keju parut untuk taburan

Cara Membuat :
1. Pure kentang : campurkan semu a bahan, gaul hingga tercampur rata.
2. Bahan isi : panaskan mentega, tumis bawang hingga harum. Masukkan daging cincang, gaul. Tambahkan paprika, sanderi, tomato dan bumbu lainnya. Masak hingga agak kering.
3. Siapkan pinggan tahan panas yang telah sapu mentega. Masukkan sebagian bahan pure kentang, ratakan. Tuang tumisan daging, ratakan. Tutup dengan lebihan adunan pure kentang, ratakan. Taburkan keju parut di atasnya. Panggang dalam oven hingga masak kuning garing.
Rabu, 08 Juli 2015
Cotton soft japanesse cheesecake

Cotton soft japanesse cheesecake

Cake ini selalu jadi favorit, lembut,gebu dan melt di lidah..Hmmm..sepotong tak kan cukup..:-)
Cotton soft japanesse cheesecake
source : Dianasdesserts
Bahan-bahan ( utk loyang size 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100ml fresh milk
6 biji kuning telur
1 tbsp jus lemon
1/4 tsp garam
60g tepung kek / tepung superfine
20gram cornflour

Bahan B:
140g granulated sugar
7 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar atau 3/4 tbsp jus lemon

Cara :
Dengan cara double boil (di tim), campur dan cairkan cream cheese, butter dan freshmilk. Bila dah mencair, biarkan adonan sejuk. lalu masukan tepung cake, cornflour kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adonan cream cheese tadi dan aduk (kacau) sampai rata .gunakan whisk yang kecil agar adonan cepat rata dan tdk berbintil2.(berketul2)
mixer putih telur bersama cream of tar tar, sampai berbusa (berbuih-foamy). masukan gula sedikit demi sedikit dan mixer lagi sampai agak kaku (soft peak).
Ambil sedikit demi sedikit adonan bahan B dan masukan kedalam adonan bahan A , aduk (kacau ) sampai rata (sebati)
siapkan loyang size 8 inch ,olesi (sapu) dengan margarine dan alas dengan kertas baking.
Bakar dgn cara au bain-marie (waterbath), dengan suhu 160C selama 1 jam.
cara membakar dengan waterbath:
siapkan sebuah dulang / wadah yg sizenya lebih besar daripada loyang cake.tuang dengan air dingin(sejuk) dan letakkan loyang berisi adonan cake diatasnya. tinggi air cukup setengah dari tinggi loyang. jangan masukan air panas,dapat menyebabkan cake menjadi bantat dan cheesenya akan mengeras dibahagian bawah.
Kamis, 23 Januari 2014
Pow wow

Pow wow

Assalamualaikum

Baru2 ni maklang tengok kak liza letak gambar pau kat fb dia. Nampak tersangat sedap.. So maklang pon cuba2lah . Beli tepung pau dan main2 kat dapur. Masa beli tepung terserempak dengan kawan yg beli jugak tepung. Dia kata senang je kak buat nya. Dia pon cakap kat maklang resepi dia. Sebenarnya pernah buat lamaaaa dulu. Maklang guna tepung gandum je masa tu.. Jadinya pun kerepot sikit sebab maklang tak tutup dengan tuala penutup kukusan itu..

So, resepinya macam ni:

1/2 kg tepong pau Blue Key
1 pkt mauripan
sdb gula pasir
1 cawan sederhana air suam
1sdt garam
4 sdb minyak masak
1-2 sdt baking powder

Caranya:

1. Campurkan 4sdb air suam dengan gula dan mauripan. Biarkan sebentar sehingga mauripan macam berbuih sedikit( menunjukkan ada tindakbalas yis)

2. Campurkan dengan tepung pau, baking powder dan garam dan
lebihan air.

3. Uli sehingga sebati. Sekiranya tepung masih berderai tambahkan sedikit air lagi. Sikit2 sangat sebab kalau terlebih nnt tepung jadi lembik sangat. Uli sampai tepung tak lekat pada tepi belas yang digunakan.

4. Kemudian masukkan 4sdb minyak masak dan uli lagi sampai sebati.

5. Biarkan doh tadi rehat selama 1 jam ( tutupkan bekas dengan tuala yang dibasahkan dgn air suam dan diperah kering supaya air tak menitik pada doh)
sehingga menjadi 2 kali ganda. Kemudian tumbukkan doh dah biarkan rehat selama 1/2 j. Kemudian dibahagikan kepada bahagian2 kecil. 

6. Boleh letakkan inti kati, sardin, kacang, kelapa ataupun kaya. Bila dah siap. Rehatkan lagi 20-30 mins sebelum dikukus. Pastikan air betul2 menggelegak semasa pau dikukus. Kukus selama 15 mins..

Jgn lupa balutkan penutup kukusan dgn tuala ye .. Utk mengelakkan wap air dari jatuh atas pau yg akan menyebabkan pau menggerutu dan tak cantek

Selamat mencuba
Copyright © 2013 swissmissinthekitchen All Right Reserved